Isnin, 1 September 2014

Lima Jenazah, Empat Abu Mayat Mangsa MH17 Tiba Selasa

RAKYATNEWS


alt



SEREMBAN  - Lima jenazah dan empat abu mayat mangsa tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, akan tiba di tanah air dari Amsterdam, jam 8.30 pagi, Selasa ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan hadir memberi penghormatan terakhir di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sehingga kini, 24 jenazah mangsa tragedi warga Malaysia telah dibawa pulang. Dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.

Kumpulan pertama 20 jenazah dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas pada 22 Ogos, diikuti satu keesokannya dan tiga lagi pada Ahad lepas.

Pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines itu yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.