MALAYSIAKINI
Seorang lelaki ditahan kerana mengamuk menggunakan pisau dan besi di
hadapan sebuah hotel di Jalan Pintu Sepuluh di Alor Setar hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata suspek
berusia lingkungan 40-an itu ditahan di hadapan hotel tersebut tengah
hari tadi.
Beliau berkata pihak polis pada mulanya menerima maklumat mengenai kejadian amuk di hadapan kedai makan di Mergong Indah.
Namun suspek kemudiannya dikesan di hadapan sebuah hotel, tetapi
kemudian melarikan diri dengan memandu kereta secara agresif di sekitar
Jalan Putra, Jalan Gangsa dan Jalan Suka Menanti," katanya kepada
pemberita.
Beliau berkata pihak polis kemudiannya menerima panggilan daripada
seorang wanita yang mendakwa dia isteri kepada suspek dan menyatakan
suaminya itu kurang siuman.
Adzaman berkata suspek kemudiannya didapati memberhentikan keretanya di
hadapan hotel yang sama dan bertindak menyerang polis dengan batang besi
dan pisau apabila diminta menyerah diri.
Suspek kemudiannya dihantar hospital psikiatri untuk diperiksa.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.