MALAYSIAKINI
Kerajaan Pulau Pinang bersedia ke mahkamah bagi membuktikan keabsahan
pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri apabila 152 anggotanya ditahan
polis selepas perarakan hari merdeka pagi ini.
Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat polis Timur Laut di Jalan
Pantai hari ini, ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, mereka yakin PPS
sebuah badan sah.
Katanya, PPS dibentuk pada 2010 untuk menangani kes bencana alam dan memberikan khidmat masyarakat itu.
Lim
juga berkata, kerajaan negeri bertanggungjawab penuh ke atas PPS,
kerana ia dibentuk sebagai badan bawah kerajaan dan Ketua Polis Negara
Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak perlu memberikan amaran untuk menyerbu
rumah anggotanya.
Selepas lebih 150 anggotanya ditahan hari ini, Khalid menulis di
Twitter, menggesa anggota PPS selebihnya menyerah diri sebelum polis
menyerbu kediaman masing-masing.
Khalid pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan
1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan
menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan
sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.
PPS menjelaskan, ia tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tetapi agensi bawah kerajaan negeri.
PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51,
mendakwa diserang dua lelaki berpakaian seragam unit itu di Air Itam
minggu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.