MALAYSIAKINI
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak
ingin merebut jawatan menteri besar Selangor tetapi tidak senang dengan
layanan PKR kepada parti tersebut.
Katanya, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya untuk menyokong
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.
Usaha PKR untuk menukar Tan Sri Khalid Ibrahim melalui operasi 'Langkah Kajang' itu juga tidak disenangi PAS, katanya.
"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat.
Adakah ini etika bertahaluf? Kita tidak memandang ringan, dua wakil
rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua,
semua ada.
"Tidakkah setiap wakil rakyat kita berbaiah, macam jadi calon (sebut)
wallahi, wabillahi, watallahi, berbai'ah, mana besar dengan baiah dengan
aku janji?," katanya Abdul Hadi katanya ketika menyampaikan ucapan
pengulungan.
"Langkah Kajang yang tidak menyenang kita. Saya menegaskan PAS tidak
berebut jawatan menteri besar. PAS tidak pelahap jawatan menteri besar.
"Walaupun tidak ada persefahaman untuk menentukan menteri besar, tak ada perjanjian bertulis," katanya.
Dua ADUN PAS Selangor yang menandatangani pengakuan berkanun bagi
menyokong Wan Azizah itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul
Baharuddin (Morib).
Hormati sultan
Hadi turut mengemukakan hujah bahawa PAS perlu "campur tangan" berhubung
pelantikan calon menteri besar demi menghormati peranan raja yang
menjaga Islam dan umat Melayu di negeri itu.
Beliau melandaskan hujah tersebut dengan sepotong hadis Nabi Muhammad
yang menganjurkan agar seseorang pemimpin dilantik berdasarkan amanah
dan kelayakan dan bukannya kecenderungan tertentu.
Katanya, para pemimpinnya bakal berdepan dengan kemurkaan Allah iaitu diseret ke neraka jahanam.
"Tetapi ingat ada hukum hakam sahaja, ada ikut hukum akal sahaja. Kita
tidak boleh biarkan, raja yang menjaga agama Islam dan Melayu yang ada
peranan di negeri itu.
"Oleh itu ita kena campur tangan dalam hal ini. Jangan pandang mudah dan remeh nak beri begitu sahaja. Ada amanahnya.
"Strategi politik mesti ada amanah dan reda-Nya. Saya tak pasti mahu bawa ahli PAS ke neraka?" kata Abdul Hadi.
Boleh dimaafkan
Dalam ucapannya itu, Abdul Hadi turut menegur anggota parti yang tidak
menunjukkan ketaatan kepada pemimpin dan menghilangkan jati diri sebagai
ahli PAS.
Beliau turut mensasarkan teguran pada pemimpin parti yang membocorkan
rahsia parti dan juga golongan yang membawa agenda pihak laiin ke dalam
PAS.
Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu dapat dimaafkan.
Katanya, beliau mengambil teladan dari kisah Hatim bin Balta'ah, seorang sahabat Nabi yang membocor rahsia perang.
Katanya, Balta'ah dimaafkan kerana kedudukan sebagai panglima dalam perang Badar.
"Itu tidak boleh... Tetapi sikap memaafkan lebih baik," katanya sambil
meminta anggota parti bersatu dalam semua perkara dan tidak berpecah
walaupun berbeza pendapat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.