MALAYSIAKINI
Gabungan NGO BERSIH menyifatkan sabitan ke atas aktivis sosial Adam Adli
Abdul Halim atas kesalahan mengikut Akta Hasutan serta hukuman satu
tahun penjara adalah terlalu berat.
Bagaimanapun, hukuman tersebut tidak akan menyekat masyarakat umum dari
menyatakan pandangan yang bertentangan, menurut kenyataan tersebut.
"Rakyat tidak akan berhenti dari menyatakan pandangan bertentangan
terutama ke atas kerajaan yang semakin hilang kewibawaan untuk
memerintah,” kenyataan itu dipetik.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendapati Adam Adli bersalah atas tuduhan hasutan atas kenyataannya yang dengan menggesa kerajaan Umno/BN digulingkan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan tersebut.
Menurut BERSIH, tiada bukti yang memadai untuk menunjukkan bahawa
kenyataan Adam menyebabkan berlaku sebarang pergolakan atau keganasan.
Sedangkan, perdana menteri sudahpun mengumumkan bahawa akta tersebut
akan dimansuhkan, dan peguam negara juga memutuskan untuk menyemak
semula semua kes bawah undang-undang itu.
Oleh yang demikian, hukuman berkenaan dilihat mempersoalkan kewibawaan akta itu sendiri, kata BERSIH.
"Perkara yang sepatutnya dilakukan adalam menangguhkan semua pendakwaan
dan prosiding mengikut akta tersebut sehingga satu perbincangan penuh
dijalankan di Parlimen, sama ada ia patut diganti atau tidak.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.