Ramlan dan Sabarila sebak ketika di Unit Forensik HTJ, semalam. Gmabar kecil: Muhamad Hidayat
SEREMBAN - Selepas lebih seminggu bertarung nyawa, lelaki yang cedera
parah akibat dilanggar sebuah bot penarik bot pisang atau banana boat di
Pantai Telok Kemang, Port Dickson pada 7 September lalu, meninggal
dunia, semalam.
Muhamad Hidayat Ramlan, 23, mengembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarganya kira-kira 5.40 pagi ketika sedang menjalani rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, semalam.
Ibu mangsa, Sabarila Husin, 46, berkata, dia reda dengan ketentuan Ilahi dan menganggapnya sebagai ujian buat mereka sekeluarga.
“Ibu mana yang mengharapkan pengakhiran anaknya begini, tapi semuanya telah ditentukan dan saya pasrah.
“Pagi tadi (semalam) selepas adik bongsunya mengucup dahinya, dengan tenang dia mengembuskan nafas terakhir di sisi saya dan adik beradiknya yang lain,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HTJ, di sini, semalam.
Menurutnya, kejadian menimpa anaknya itu sangat memberi kesan kepada anak ketiganya yang sempat melihat tragedi itu berlaku.
Malah, katanya, dia sentiasa menasihatkan anak-anaknya agar tenang dan menerima kejadian itu dengan tabah.
“Sebelum ini, setiap hari menjadi rutin saya dan sekeluarga untuk berulang alik ke Seremban untuk menjaga arwah memandangkan kami tinggal di Cheras, Kuala Lumpur.
“Sejak arwah dimasukkan ke hospital setiap hari saya akan bercakap dengannya memberi semangat untuk terus hidup, tapi ALLAH lebih menyayanginya,” katanya.
Allahyarham Muhamad Hidayat pada mulanya menerima rawatan di Hospital Port Dickson sebelum dikejarkan ke HTJ berikutan keadaan yang kritikal.
Dia bagaimanapun dikatakan masih sempat berbual dengan keluarga, sehinggalah 9 September lalu selepas doktor mengesahkan paru-parunya dimasuki air.
Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Muhammad Hidayat patah tulang rusuk kiri dan menerima lebih 10 jahitan pada lengan kiri, selain calar di kepala.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya Desa Baiduri, Cheras, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras Perdana, Kuala Lumpur.
Bapa bela kematian anak
Sementara itu, bapa Allahyarham, Ramlan Pardi, 50, berkata, dia bukan saja mahu individu yang menyebabkan kematian anaknya menerima hukuman setimpal, malah turut mempertimbangkan tindakan undang-undang.
“Kes ini tidak boleh dibiarkan dan saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang berkenaan," katanya.
Menurutnya, hukuman dikenakan kepada pesalah itu bukan semata-mata demi pembelaan terhadap kematian anaknya, tetapi juga atas kepentingan awam.
“Kes kecuaian seperti ini bukan pertama kali berlaku dan sepatutnya mereka memandang serius tentang keselamatan pengunjung di situ. Jangan apabila sudah terhantuk baru nak tengadah.
“Sebab itu saya akan bawa perkara ini ke mahkamah bukan saja terhadap pemandu bot terbabit tetapi juga pihak lain yang berkenaan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HTJ, di sini semalam.
Menurutnya, sepatutnya ciri-ciri keselamatan dititik beratkan, misalnya menyediakan laluan khas lain agar tidak mengganggu pengunjung yang berada di laut.
Ramlan yang juga anggota polis berkata, dia juga difahamkan perkhidmatan bot pisang itu juga tidak dilindungi insurans.
“Saya tengok pemandunya akan menurunkan mereka dengan cara menjatuhkannya dalam laut. Ini tidak sepatutnya,” katanya.
MPPD tingkat pemantauan
Satu mesyuarat khas diadakan membabitkan pengusaha bot pisang di Pantai Telok Kemang bagi memastikan langkah-langkah keselamatan dapat diberi perhatian serius oleh mereka, sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini berulang.
Exco Pelancongan negeri, Tun Hairuddin Abu Bakar berkata, pengusaha sepatutnya mengikut peraturan sedia ada kerana ia melibatkan soal keselamatan awam.
“Saya kesal dan sedih dengan kejadian menimpa Muhamad Hidayat. Bagi mewakili kerajaan negeri, saya ucapkan takziah kepada ahli keluarganya dan berharap mereka sabar menerima ujian ini.
“Saya akan pastikan pemantauan dapat dilakukan dari masa ke semasa oleh pihak bertanggungjawab. Paling penting semua pengusaha perlu lebih bersikap prihatin dengan memastikan peraturan dapat dipatuhi,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Datuk Ab Khalid Mat berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha bot pisang di daerah ini yang didapati masih tidak menggunakan laluan khas disediakan untuk mereka di Pantai Telok Kemang.
Menurutnya, peraturan berkenaan sudah lama ditetapkan dengan meletakkan penanda boya untuk menghadkan laluan mereka tetapi telah dihilangkan.
“Kita baru sahaja mengadakan perjumpaan dengan semua pengusaha dan penjaga bot pisang di daerah ini untuk memberi garis panduan dan had laluan ditetapkan untuk mereka berikutan terdapat seorang pengunjung maut akibat dilanggar bot pisang ketika mandi.
“Penguatkuasa MPPD juga akan membuat rondaan dan kita berharap semua pengusaha dapat bersama-sama mematuhi garis panduan bagi memastikan keselamatan pengunjung yang datang ke pantai,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superitendan Zulkifli Adamshah berkata, siasatan terhadap pemandu bot terbabit akan diklasifikasikan semula berikutan kematian mangsa.
Isnin lalu, pemandu bot berkenaan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban di sini, atas tuduhan memandu bot secara gopoh hingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa.
Tertuduh, Mohd Amirol Yasli, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.