MALAYSIAKINI
Keengganan pemandu bas kilang membayar kadar tol baru di Pusat
Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) pagi ini mengakibatkan
kesesakan lalulintas yang teruk di Tambak Johor pagi ini.
Menurut Zaobao Singapura, bas kilang yang membawa pekerja ke Singapura
setiap hari, mengadakan "mogok" pada pukul 5 pagi apabila diminta
membayar kadar baru tol yang naik 470 peratus.
Keengganan mereka untuk berganjak, mengakibatkan kesesakan lalulintas yang teruk di laluan ke pusat pemeriksaan Singapura.
Seorang pemimpin PKR Johor, Steven Chong menulis di facebook yang beliau
berada di luar CIQ di mana pemandu bas kilang enggan membayar tol baru,
menyebabkankesesakan teruk sejak jam 5 pagi.
Menurutnya, pihak kastam dan polis meminta pemandu bas kilang itu sama
ada masuk atau beredar dari situ, tetapi berjanji untuk mengumumkan
keputusan mengenai tol baru dalam masa seminggu.
Pemandu bas kilang itu, katanya, menjanjikan protes besar sekiranya keputusan dan pengumuman itu nanti tidak boleh diterima.
Keadaan lalulintas dilaporkan semakin baik pada kira-kira pukul 8 pagi.
Sementara itu, pihak berkuasa Malaysia, mengesahkan kepada
wartawan Channel NewsAsia (CNA), Sumisha Naidu bahawa mogok itu berakhir
kira-kira jam 8 tetapi tidak pasti apa punca protes tersebut.
Bagaimanapun, CNA melaporkan pemandu bas nampaknya tidak berpuas hati
atas dengan kenaikan lebih 400 peratus kadar bayaran tol di CIQ
berkuatkuasa hari ini.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan minggu lalu bahawa kadar
tol baru untuk kenderaan menuju ke Singapura ialah masing-masing RM6.80,
RM10.20, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50 bagi Kelas 1 hingga Kelas 5.
Penunggang motosikal dikecualikan.
CNA berkata Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) juga
menghantar satu nasihat pada jam 8.05 pagi mengatakan bahawa
perkhidmatan bas 160, 170, 170X dan 950 - yang kerap berulang alik
melalui Tambak Johor - telah menghentikan perkhidmatan mereka ke Johor
Bahru sehingga diberitahu kelak.
Katanya ia ekoran "protes terhadap kenaikan bayaran tol Malaysia oleh
pengusaha bas Malaysia yang menghalang aliran trafik bas melalui pusat pemeriksaan Johor Bahru.
Perkhidmatannya, bagaimanapun disambung semula, kira-kira sejam kemudian.
Pemimpin DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut menggesa kerajaan supaya menangguhkan pelaksanaannya.
MHA berkata kenaikan bayaran itu adalah untuk membiayai pembinaan
kemudahan di Eastern Dispersal Link (EDL) lebuh raya, projek yang
dijalankan oleh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB).
Sebaliknya, kata Boo, PLUS sepatutnya mengambil alih EDL daripada MRCB
dan membukanya untuk pengguna jalan raya tanpa sebarang bayaran kerana
EDL adalah lanjutan yang menghubungkan CIQ dengan Lebuh Raya Utara
Selatan (NSE).
Sebelum ini, LTA juga mengumumkan bahawa ia akan menaikkan kadar bayaran permit masuk bagi kenderaan dan kenderaan barangan dengan pendaftaran asing berkuatkuasa pada 1 Ogos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.