Isnin, 25 Ogos 2014

Pakatan Rakyat mahu bawa masuk Singapura

 
“Agenda sulung mereka adalah membawa kembali Singapura menyertai negara ini."


Umno Rembau meeting 02


SEREMBAN: Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, adalah tidak mustahil Singapura akan bergabung kembali dengan Malaysia sekiranya perjuangan Umno yang dibanggakan orang Melayu menemui titik noktah dan sekiranya kuasa politik dan pemerintahan negara tidak lagi dimiliki Umno.

“Kita jamin, selepas tiga hari pembangkang menang dan kerajaan baru ditubuhkan, mereka akan mengadakan mesyuarat kabinet pertama.

“Agenda sulung mereka adalah membawa kembali Singapura menyertai negara ini.

“Penggabungan itu tidak memerlukan pindaan perlembagaan, tetapi hanya memerlukan kelulusan jemaah menteri, sama seperti ketika Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ‘membuang’ Singapura,” katanya.

Mohamad berkata demikian ketika ucapan perasmian Persidangan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Rembau 2014; bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, semalam.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, penggabungan itu bakal menyaksikan kemasukan 89 kerusi Parlimen yang semuanya tidak menyokong orang Melayu.

“Carilah bagaimana cara untuk kita menandingi 89 kerusi Parlimen tersebut yang akan masuk bagaikan air sungai melimpah melepasi benteng dan akan membanjiri negara ini.

“Pada saat itu kita akan jadi orang yang tidak mempunyai hala tuju, di mana orang Melayu akan hancur kerana kehilangan tonggak dan tempat bergantung hidup.

“Riwayat orang Melayu akan tamat dengan berakhirnya Umno kerana untuk mengambil alih semula pemerintahan negara pada masa itu, ibarat ‘jauh panggang dari api’.

”Kita tidak akan mampu lagi untuk mengadakan parlimen-parlimen yang pro kepada orang Melayu.

“Jadi sebelum ini berlaku, mari kita lakukan gerak kerja dan pastikan Umno kekal sebagai pemegang warisan, agar maruah orang Melayu akan terus terbela,” kata beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.