MALAYSIAKINI
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP RSN Rayer, yang terpalit
kontroversi kerana menggelar pemimpin Umno “celaka”, akan didakwa
menghasut di mahkamah esok.
Ketua
Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata, wakil rakyat Seri
Delima itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang esok.
“Rayer terima panggilan telefon daripada polis pagi ini yang memintanya hadir ke mahkamah pagi esok,” katanya.
Setakat ini, empat wakil rakyat Pakatan Rakyat sudah didakwa bawah Akta Hasutan bulan ini.
Pagi ini, anggota parlimen PAS Khalid Samad didakwa menghasut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, kumpulan peguam Lawyers for
Liberty memberitahu, anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli akan turut
disiasat bawah akta hasutan ekoran penyiaran sebuah artikel.
Beliau dijadual hadir di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang pada jam 3 petang esok untuk disoal siasat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.