Mohammad Nizar Jamaluddin
IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini, atas
pertuduhan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,
dua tahun lalu.Beliau yang diwakili 12 peguam didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam di Taman Desa Pakatan pada 23 April 2012.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun, Hakim Madihah Harullah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula pada 26 September ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.