MALAYSIAKINI
Sepuluh peserta kem sukan bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini.
Enam daripada mereka mengaku bersalah manakala empat lagi meminta
dibicarakan terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 394 (a) Kanun
Keseksaan.
Mereka didakwa mengambil bahagian dalam acara itu di Taman Negara di
Teluk Kampi, Teluk Bahang pada 31 Mei dan menimbulkan kegusaran kepada
orang awam.
Video mengenainya telah dimuat naik di YouTube dan mencetuskan kegusaran orang ramai.
Hakim Mohd Najib Ismail mendengar kes itu manakala pendakwaan dijalankan oleh DPP Albert Chan.
Mereka yang disabitkan hari ini ialah Loh Kok Hong, Mu Wai Peng, Chew
Tok Hua, Chen Chia Wing, Justin Ng Ji Keng dan Albert Yam Kong Hoong.
Mereka dijatuhkan hukuman satu bulan penjara bermula hari ini dan denda
RM 5,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.
Mereka yang mengaku tidak bersalah pula adalah Lionel Loo Joo Hong, Teh Gia Hoon, Kong Meng Leong dan R Nanda Kumar.
Yam, yang menghasilkan video itu, dikenakan hukuman tambahan enam bulan penjara.
Pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan, kerana menghasilkan bahan lucah. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan, terdahulu dalam prosiding itu, Mohd
Najib berkata Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana
mempunyai pelbagai bangsa, agama, bahasa, budaya dan cara hidup tetapi
masih boleh bersatu di bawah satu Rukun Negara.
"Rakyat Malaysia amat menitikberatkan soal adab sopan, rakyat tidak
selesa dengan kelakuan negatif yang jelas telah menyimpang dari adab
sopan dan perbuatan seperti ini perlu dihalang daripada berulang.
"Oleh itu mahkamah menjatuhkan hukuman yang dapat memberi pengajaran dan
isyarat kepada masyarakat di luar, agar tidak melakukan kesalahan
serupa," katanya.
Mahkamah membenarkan empat individu yang terdiri daripada tiga wanita
dan seorang lelaki berkenaan diikat jamin RM4,000 setiap seorang dengan
seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula 16 Oktober
depan.
Teh dan Loh masing-masing diwakili peguam Jason Khor Jit Cheng dan
Allen Choong, manakala Suppiah Thangaveloo adalah peguam pemerhati bagi
Loh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.