MALAYSIAKINI
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis spekulasi bahawa
isterinya yang juga presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Isamil akan
menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor
selepas sambutan Aidilfitri.
Anwar berkata, isu mengenai kemungkinan Wan Azizah mengetuai pentadbiran Selangor itu masih belum dibincangkan.
Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa timbul kebimbangan mengenai pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang diketuai Khalid.
Katanya, perkara itu dijangka akan dapat diselesaikan tidak lama lagi
kerana akan menjejaskan keupayaan Pakatan untuk mentadbir Selangor
sekiranya terus berlarutan.
Anwar bagaimanapun enggan menyatakan pendirian sama ada Khalid perlu terus kekal atau berundur dari jawatan menteri besar.
“Terdapat banyak kebimbangan mengenai Selangor, contohnya tiada
rundingan dengan pemimpin negeri berhubung isu lebuhraya Kidex dan
konsesi air," katanya.
"Saya mempertimbangkan semua pandangan, saya sedar, saya mendengar, dan
berbincang dengan rakan kongsi kita, DAP dan PAS, semua ini dijalankan
secara baik, melalui persefahaman antara semua parti," kata MP Permatang
Pauh itu di satu majlis berbuka puasa di Guar Perahu.
Beliau mengulas laporan media bahawa Khalid akan digantikan dengan Wan Azizah selepas sambutan Aidilfitri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.