MALAYSIAKINI
Bekas pembantu staf pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New
Zealand, Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail dijangka dihantar
balik ke negara itu minggu depan.
Bernama melaporkan menurut sumber terdapat beberapa perkara yang perlu diselaraskan antara kedua-dua buah negara terlebih dahulu.
"Perkara itu PNC (Private and Confidential) untuk dibincangkan bersama
media. Perkara itu perlu dibincang bersama dengan pihak di sana (New
Zealand) kerana kita tidak mahu sebarang perselisihan faham wujud,"
katanya kepada Bernama di ibu negara, hari ini.
Keputusan untuk menghantar balik Muhammad Rizalman yang dituduh
melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol,
diumumkan oleh Kementerian Luar pada Rabu lepas.
Menurut kementerian itu, Malaysia menaruh keyakinan penuh terhadap
sistem perundangan New Zealand dan mempunyai kepercayaan penuh bahawa
tertuduh akan diberi layanan adil secara bermaruah seperti diperuntukkan
di bawah undang-undang.
Sementara itu, tertuduh telah meminta ekstradisinya dilengahkan sehingga akhir Ramadan pada 28 Julai, lapor Straits Times.
Menurut laporan itu, permintaan berkenaan dijangka tidak akan dipenuhi.
"Saya fikir kita tidak mahu satu lagi kemalangan antarabangsa berlaku
selepas kehilangan MH370," sumber Kementerian Pertahanan memberitahu
dpa, yang meminta untuk tidak dinamakan kerana tidak berkuasa untuk
mengulas mengenai isu melibatkan diplomat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.