Misteri Kehilangan MH370 Terkini : Tun
Dr Mahathir Mohamad tidak boleh dinafikan figura politik yang gemar
membaca dan menganalisa setiap laporan, topik mahupun isu semasa yang
berbangkit di Malaysia.
Berita Semasa boleh katakan di sini….Tun
Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang terbaik
daripada sudut berkata-kata dan hujah yang cuba disampaikan kepada
media. Semuanya kerana “ilmu” dan sikapnya yang suka membaca. Ada benarnya dan ada juga “kurang tepat”
Siapa sangka sebuah kapal terbang
sepanjang 63 meter boleh hilang begitu sahaja tanpa khabar berita
sehingga ke hari ini setelah 4 bulan berlalu setelah aspek teknikal dan
faktor manusia digunakan. Tiada langsung.
- Meletup pun tidak
- Samada dirampas pun tidak pasti
- Terhempas pun bukan
- Tetapi hilang…..hilang di mana sehingga ke hari ini tiada lokasi yang spesifik dan petunjuk yang lebih meyakinkan
- Bangkai pesawat dan serpihan pesawat Mh370 apatah lagi, jauh sekali untuk dijumpai
- Semuanya bertitik tolak kepada kemungkinan, mungkin, mungkin dan mungkin
- Dan kapal terbang MH370 terus kekal misteri
Misteri Kehilangan MH370 Terkini : Analisa Tun Mahathir?
Sangat tidak logik bunyi tetapi seluruh
dunia umumnya dan industri perbengan dunia telah pun tercacat sejarah di
mana pesawat MH370 telah hilang “di dunia” walaupun Datuk Seri Najib
Razak telah mengumumkan MH370 telah “berakhir” lautan Hindi (SEPERTI DI SINI).
Tetapi masih ramai lagi yang masih sangsi dan sukar untuk
mempercayainya. Termausklah Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri
Malaysia
- Tun Dr Mahathir ada bertanyakan kepada pakar-pakar penerbangan dunia, semuanya tidak pasti status misteri pesawat MH370
- Malah Tun Mahathir sangat yakin pesawat MH370 sebenarnya tidak terhempas pun tetapi Tun Mahathir mengatakan kemungkinan besar Agensi Pusat Perisikan CIA dan syarikat Boeing yang bertanggungjawab dalam tragedi MH370 kali ini
- Tun Mahathir mengatakan sesuatu yang membazir wang dan masa mencari kononnya serpihan pesawat Mh370 di lautan Hindi
- Tun Mahathir mengatakan sebenarnya pesawat MH370 telah disembunyikan pada ketika ini di suatu lokasi yang tidak diketahui yang mana identiti dan logo MAS telah dibuang
- Tun Mahathir mengatakan ada kemungkinan CIA telah “merampas” kawalan kapal terbang MH370 Malaysia Airlines dari jarak jauh sehingga menyebabkan penerbangan autopilot MH370 telah terganggu di udara
Tun Mahathir merasakan pesawat MH370
yang berada jauh di udara pasti akan turun ke permukaan muka samada
berjaya mendarat dengan selamat ataupun terhempas, bukannya hilang
begitu sahaja tanpa petunjuk dan khabar berita
Apatah lagi dengan sistem komunikasi
yang berteknologi tinggi, radio, satelit pengesan dan kamera perakam
yang mampu merakam diseluruh pelusuk dunia sepanjang masa dengan jelas
pada kapasiti yang besar lebih-lebih melibatkan peralatan tentera
termasuk mengesan siapa yang mahu membangunkan teknologi nuklear, bom
dan pasang roket
Di zaman ini tidak boleh sembunyi.
Misteri Kehilangan MH370 Terkini : Laporan FlightGlobal
Dan
mengejutkan, apabila berdasarkan laporan artikel Flightglobal.com oleh
John Croft pada 1 Disember 2006 telah menunjukkan di sini :
- Boeing telah mendapat paten teknologi yang mana mereka boleh pasangkan paralatan pada sesuatu pesawat upaya boleh mengambil alih kawalan kapal terbang dari jarak jauh daripada juruterbang. Juruterbang tidak boleh buat apa-apa
- Penerbangan autopilot yang dinyahaktifkan samada oleh juruterbang ataupun “daripada jarak jauh” oleh agensi-agensi berkaitan termasuklah Agensi Pusat Perisikan andaikata terdapat pengganas yang cuba mengambil kawalan terhadap penerbangan sediaadake lokasi pendaratan yang telah ditetapkan
- Bermakna, juruterbang pesawat hari ini boleh hilang kawalan di udara secara “tiba-tiba” atas arahan “peringkat tertinggi” atas “sebab-sebab tertentu”.
Lagi Dokumen Flight Global
Tun Mahathir menegaskan di zaman moden
dan canggih hari ini, kapal terbang sebenar 63 meter tidak boleh hilang
sama sekali tanpa siapa tahu, mustahil.
- Yang mana semua penerbangan telah direkod oleh satelit yang bukan milik Malaysia, di mana ke mana pesawat ini. Tetapi malangnya kita tidak dimaklumkan mengenai rekod tersebut
- Andaikata pesawat MH370 jatuh terhempas di Lautan Hindi sekalipun, tidak dapat tidak pesawat MH370 mesti pecah terdapat serpihannya pada bahagian tertentu
- Masakan pesawat jatuh terhempas dan terbenam ke dasar laut tanpa meninggal sebarang serpihan sekalipun? Kita hidup di zaman apa sekarang ini? 20an, 50an 70an, 90an?
Punca Pesawat MH370 Menjadi sasaran?
- Tun Mahathir tidak mahu komen lanjut mengenai persoalan tersebut kerana beliau tidak pasti dan tidak tahu. Tetapi yang menarik Tun Mahathir ada membidas kalangan yang menuduh Kapten Zaharie kerana Tun Mahathir sama sekali tidak percaya tuduhan seperti itu. (BUKTINYA DI SINI)
- Walaubagaimanapun, Tun Mahathir merasakan situasi di dalam kokpit cukup genting pada waktu kejadian yang mana besar kemungkinan Kapten Zaharie dan Co Pilot telah mati. Besar kemungkinan
- Manakala krew kapal terbnag Mh370 yang lain trmasuk penumpang “sudah tiada upaya lagi”
Tun Mahathir pada mulanya merasakan
tragedi Mh370 adalah kemalangan biasa, jatuh dan terhempas ke dalam
laut. Tetapi apabila keluarnya laporan rasmi yang mengatakan MH370 telah
belok ke kiri dan berpatah balik merentasi pula Semenanjung Malaysia
dan “berakhir” dan hilang di Lautan Hindi” tanpa apa-apa petunjuk yang
lebih meyakinkan. Tambahan pula pesawat MH370 “memilih” untuk Lautan
Hindi lokasi yang cukup misteri dan mencabar. Jadi adalah sangat tidak
munasabah plot cerita tragedi MH370 yang diberitahu kepada umum ketika
ini
Tun Mahathir menegaskan sekali lagi
tragedi Mh370 adalah permainan “licik” pengganas bertaraf dunia.
Sekarang ini Malaysia dibebankan pula dengan nahas MH17 (KLIK SINI)
P/S : Di zaman ini sebuah pesawat MH370
yang sebenar 64 meter yang membawa 239 orang boleh hilang di dunia
begitu sahaja adalah tidak munasabah
PP/S : Tragedi Air France di Lautan
Atlantik, Airbus menawarkan 16 juta Euro untuk operasi membantu manakala
Boieng untuk tragedi MH370 hanya mampu diam membisu.
PPP/S : Hakikatnya, hari ini bukan
sahaja duit syiling yang jatuh bawah kerusi boleh hilang tetapi misteri
kehilangan MH370 telah membuktikan bahawa ia “mampu terjadi dan telah berlaku“
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.