MALAYSIAKINI
Ketika PKR mengumumkan akan menggantikan Menteri Besar Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, media rasmi negeri Selangorkini melaporkan beliau terus mendapat sokongan rakyat.
Memetik sebuah tinjauan Internet sejak semalam di poll.pollcode.com, Selangorkini melaporkan Abdul Khalid mendahului dengan peratusan tinggi.
“Setakat
jam 9 pagi tadi, daripada sejumlah 3,698 undian, 80 peratus daripadanya
iaitu 2,983 undi memilih Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri
Besar,” lapor Selangorkini.
Dengan kapsyen “Suara Rakyat Selangor”, undian itu dilapor meletakkan
tiga pilihan lain – Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail,
timbalannya Azmin Ali dan pilihan terakhir semua DUN dibubarkan.
Selangorkini melaporkan Wan Azizah hanya beroleh 399 undian (11
peratus), Azmin 75 (2 peratus) sementara 241 lagi (7 peratus) memilih
DUN Selangor dibubarkan.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan memilih Wan Azizah untuk
menggantikan Khalid. Keputusan itu sudah dibentangkan kepada majlis
presiden Pakatan dan kini menunggu keputusan PAS dan DAP.
Selangorkini melaporkan, pengumuman yang dibuat Ketua Umum PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan perkara itu menerima reaksi kurang
senang rakyat yang mempersoalkan keperluan pertukaran itu.
Tinjauan portal itu semalam juga dikatakan mendapati kebanyakan rakyat
menuntut penjelasan dan alasan Abdul Khalid perlu diganti memandangkan
beliau mempunyai rekod kerja cemerlang dan bersih sehingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.