Isnin, 28 Julai 2014

MB: 4 juta rakyat terima manfaat MES

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Sekitar empat juta daripada lebih 5.7 juta penduduk Selangor menerima manfaat daripada sekurang-kurangnya satu program atau skim dalam Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian air percuma sehingga 20 meter padu setiap bulan adalah bantuan yang dinikmati oleh semua lapisan penduduk di rumah kediaman yang bermeter individu.

mesKatanya, golongan berpendapatan di bawah RM5 ribu sebulan juga menikmati pelbagai bantuan lagi yang disediakan.

“Misalnya, mereka layak memohon membeli rumah mampu milik yang sedang dibina di beberapa daerah.

“Bantuan dalam bentuk latihan dan kemahiran pula diberikan kepada golongan belia menganggur, ibu tunggal, orang kurang upaya, pesara dan orang Asal bagi membolehkan mereka berniaga secara kecilan atau memohon pekerjaan yang sesuai,” kata Abdul Khalid dalam Perutusan Aidilfitri.

Abdul Khalid berkata, usaha dan tindakan ini dilakukan disebabkan golongan ini terus terbeban dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang masih gagal disekat oleh pihak yang berwajib.

Mulai 2014 ini, beberapa program baharu dilancarkan. Antaranya, program memperkasa pembangunan kampung-kampung tradisi dan baru.

“Usaha ini dilakukan bagi meningkatkan pendapatan per kapita penduduk luar bandar agar setanding dengan pendapatan penduduk di bandar-bandar.

“Tambahan pula kajian kami mendapati program pembangunan luar bandar oleh Kerajaan Pusat gagal meningkatkan pendapatan rakyat kampung atau desa,” kata Abdul Khalid.-EZY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.