Ketua Pemuda Umno Perlis Syed Atif Syed Abu Bakar dan Ketua Penerangan
Pemuda Umno Arau Saiful Nizam Othman dibebaskan dengan jaminan polis
semalam.
Mereka
ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau petang semalam selepas
pergi ke sana setelah mendapat tahu mereka dicari polis berhubung
dakwaan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar mereka mengganggu
penjawat awam menjalankan tugas di Bazar Ramadan di Arau Ahad lepas.
Syed Atif berkata:"Saya terus ditahan di IPD Arau sebaik menyerah diri namun akan memberi kerjasama penuh kepada polis yang menjalankan siasatan."
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas dibebaskan petang semalam.
Sementara itu, peguam Jamil Mohamed Shafie yang mewakili Syed Atif dan Saiful Nizam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.