Sabtu, 26 Julai 2014

Jangan Tukar MB Tanpa Persetujuan Rakyat

alt

Hafiz Roslan 

 
KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) didesak agar tidak menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Datk Seri Abdul Khalid Ibrahim sebelum mendapat keputusan suara rakyat negeri itu.

Ketua Eksekutif Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) Safwan Anang berkata, satu referendum perlu dilaksanakan dengan mengemukakan sebab utama mengapa Menteri Besar negeri tersebut perlu di tukar kepada Presiden parti untuk Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Kami (Lensa) menyarankan agar dijalankan sebuah referendum rakyat Selangor bagi menyelesaikan kemelut pentadbiran negeri itu yang sedang berlaku.

"Secara khususnya, pandangan rakyat Selangor harus diambil kira samada mereka bersetuju atau tidak menteri besar di tukar dengan yang baru," katanya pada sidang media di Bangsar sebentar tadi.

Jelas Safwan, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) terus dengan keputusan untuk menukar Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah tanpa pandangan rakyat Selangor tidak mustahil ia akan menerima nasib yang sama seperti Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah pada satu ketika dahulu.

Dalam pada itu, Lensa turut mempertikaikan 17 asas perjuangan politik PKR yang ingin membentuk sebuah pemerintahan demokratik serta prinsip perjuangan PR yang dilihat sudah lari dari persimpangan sebenar.

"Demokrasi yang dicanang pemimpin pemimpin pembangkang ini tidak berbeza seperti demokrasi yang dilaungkan oleh pemimpin kerajaan persektuan selama ini.

"Jika Kerajaan Negeri PR terus menerus dengan corak pentadbiran begini maka rakyat boleh melupakan impian untuk menikmati sebuah demokrasi baru dibawah pentadbiran pembangkang," katanya.

Pada Selasa yang lalu selepas Mesyuarat Majlis Pempinan Pusat (MPP) PKR Anwar telah mengumumkan cadangan nama pengganti Khalid adalah Wan Azizah.

Walubagaimanapun Khalid Ibrahim dilihat tidak bersetuju dengan tindakan pucuk pimpinan partinya itu, sebaliknya beliau akan kekal mempertahankan jawatnnya itu sehingga habis penggal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.