MALAYSIAKINI
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendakwa gabungan baru
NEGARA-KU mempromosikan liwat secara terbuka melalui perkongsian kartun
di Facebook NGO yang dikaitkan dengannnya.
Laman web NGO Melayu itu melaporkan, Projek Dialog pada Jumaat lalu
berkongsi karikatur itu di laman sosial yang menurutnya “jelas
mempromosikan jenayah liwat”.
ISMA turut mengaitkan beberapa lagi NGO, antaranya Sisters in Islam
(SIS), Islamic Renaissance Front (IRF), dan Aliran Kesedaran Negara
(Aliran) yang menurut mereka terlibat “secara langsung atau tidak
langsung”.
Ini kerana, menurut ISMA, NGO itu sebahagian daripada rangkaian Projek Dialog.
Ahli jawatankuasa pusat ISMA Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, terdapat
kumpulan tertentu yang mendakwa mempertahankan perlembagaan melalui
Negara-Ku, namun pada masa yang sama melawan perlembagaan dan Rukun
Negara, melalui Projek Dialog.
“Semua orang tahu liwat adalah jenayah di Malaysia dan boleh dihukum
mengikut undang-undang. Oleh itu tindakan mempromosikan jenayah juga
merupakan satu kesalahan dan perlu dihukum.
“Mereka kata mereka pertahan perlembagaan, pada masa sama mereka promosi
jenayah liwat, apa semua ini?” beliau dipetik sebagai berkata ketika
dihubungi ISMAweb.
Laman itu melaporkan, karikatur yang dikongsi Projek Dialog daripada
laman Facebook Kris Wilson mendapat komen negatif oleh pengguna kerana
budaya liwat atau gay budaya kotor dan merosakkan masyarakat.
Kartun jenaka enam panel itu antaranya menggambarkan seorang individu
terkejut melihat aksi liwat dua lelaki dan menegurnya sebagai dosa.
Bagaimanapun seorang daripada mereka menjawab, ia bukanlah dosa jika seseorang itu tidak beragama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.