Rabu, 30 Julai 2014

DAP tidak ingin pemimpin rasis seperti Zuhdi dalam PR

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: DAP menyifatkan pandangan yang dilontarkan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS ( PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki melalui mesej WhatsApp yang terdedah dan tersebar di laman sosial sejak kelmarin mempunyai unsur perkauman.
 
Setiausaha Publisiti parti itu Tony Pua mempertikaikan isi kandungan mesej Zuhdi yang berbunyi "DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka" dan "Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini".
 
Justeru beliau menggesa Zuhdi yang dianggapnya sebagai berfikiran sempit mengeluarkan kenyataan seperti itu untuk  membuat permohonan maaf kepada rakyat secara terbuka. 
 
"Isunya bukan sama ada perbincangan Zuhdi dalam WhatsApp adalah sulit, atau “senario”, atau pendirian peribadi.
 
"Isunya ialah Zuhdi membongkarkan fikiran dan sifat rasis dan ekstremis beliau dalam analisanya.
 
"Oleh sebab itu, nama beliau masih tidak dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan," kata Pua menerusi kenyataannya semalam.
 
Pada masa yang sama, Pua mahu PAS mengambil tindakan tegas terhadap pemimpinnya seperti Zuhdi supaya nama baik PAS yang berslogan “PAS for All” tidak tercemar.
 
"Kalau pemikiran yang rasis dan ekstremis tersebut tidak dikesali, kami tidak beringin Zuhdi terus berada dalam Pakatan Rakyat, mahupun beliau mungkin tidak berniat keluar," jelasnya.
 
Zuhdi dalam akaun Facebook menafikan dirinya pencetus cadangan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat dan bergabung dengan Umno membentuk kerajaan perpaduan (UG) demi mengekalkan kuasa Melayu-Islam di Selangor.
 
Katanya, analisis senario sebaliknya dibuat berdasarkan permintaan ahli kumpulan WhatsApp itu yang mahu membayangkan kemungkinan jika PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) dan kesannya kepada Selangor.
 
"Untuk melakukan analisis senario ini, selain daripada memerlukan fakta-fakta semasa, daya imaginasi penganalisis juga harus diambil kira," katanya.
 
Zuhdi yang lantang mengkritik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebook mendakwa usulnya kemudian disokong kuat lebih 10 orang ahli dalam kumpulan WhatsApp itu yang mana sebahagian besar daripada mereka amat rapat dengan Anwar.
 
Namun penjelasan Zuhdi itu disanggah Pua kerana baginya, apa yang menjadi amarah adalah isi kandungan mesej bukannya pembentangan analisis tersebut.
 
Menurut Pua, walaupun ramai yang akan rasa kecewa jika PAS memutuskan untuk bercerai dengan PKR dan DAP, tetapi pendirian Zuhdi untuk keluar atau kekal dalam PR bukan tumpuan utama kritikan.
 
Katanya, rakyat tidak mempertikaikan langkah Zuhdi mengkaji sama ada PAS wajar berada di dalam ataupun keluar PR kerana itu hak ahli parti Islam itu dan mereka layak menentukannya sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.