Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak
melihaty wujudnya bibit perpecahan dalam Pakatan Rakyat walau PAS tidak
bersetuju dengan usaha menggantikan menteri besar Selangor.
Menurutnya, komunikasi di antara beliau dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih terbuka dan beliau turut mengirim ucapan "Selamat Hari Raya" kepada Hadi dan mendoakan kesihatannya.
Anwar bagaimana pun mengakui wujud salah faham di kalangan parti Pakatan Rakyat dalam isu penukaran MB Selangor.
Salah faham itu itu termasuklah "ulasan kurang sesuai daripada peringkat bawahan", kata Anwar sewaktu ditemui di Permatang Nibong, Seberang Jaya.
Jelasnya, beliau enggan melayan sentimen dan beberapa tuduhan dari akar umbi kerana setahunya, beliau berkeyakinan penuh dengan polisi kepimpinan Pakatan Rakyat.
Katanya, apabila masanya tiba, pemimpin dari DAP, PAS dan PKR akan sedar betapa pentingnya kerjasama di antara parti dalam Pakatan.
Anwar berkata, kesedaran itu akan mendorong mereka bekerjasama dengan lebih jauh lagi seperti dilakukan selama ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.