Oleh : AFEEQA AFEERA
SHAH ALAM,: Kerajaan Negeri mengambl inisiatif dengan menganjurkan pelbagai program berbentuk agama dan ilmiah khusus untuk rakyat Selangor bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan, bermula esok (29 Jun).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha murni itu diselenggara secara kolektif di bawah portfolio agama, belia dan sukan bersama hal ehwal wanita dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta beberapa agensi lain.
Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah Program Berbuka Puasa dan Tazkirah Santai Bersama Belia, Program Diskusi Wanita, Program Iftar Perdana, Program Munajat dan Qiamullail, Program Tadarus Belia serta Sahur Perdana peringkat Negeri Selangor.
“Sebagai kerajaan prihatin, Selangor menyedari implikasi Ramadan sebagai bulan tarbiah kepada seluruh umat Islam untuk memperbaiki diri mereka.
“Melalui program ini, setiap hari di bulan Ramadan bakal diisi dengan pelbagai aktiviti santapan jiwa yang tidak melanggar syariat Islam.
“Kerajaan Negeri berharap semua program yang dirancang bakal mendapat sambutan dan mendekatkan masyarakat dengan suasana hidup penuh sefahaman, memantapkan perpaduan ummah, memakmurkan masjid, menanam jiwa taufik kepada Allah serta membina jiwa manusia yang bertakwa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Semarak Ramadan Peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam,, di sini, semalam.
Hadir sama, Exco Negeri iaitu Sallehen Mukhyi, Dr Halimah Ali dan Dr Ahmad Yunus Hairi serta Timbalan Pengarah JAIS, Mohd Zaki Arshad.
Program anjuran Kerajaan Negeri yang diadakan setiap tahun itu mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat serata negeri dengan dihadiri kira-kira 1,000 orang.
Antara program yang dijalankan adalah tazkirah santai bersama penceramah terkemuka, Ustaz Azhar Idrus; pelakon Yasin Yahya dan model, Felixia Yeap.-NFN-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.