MALAYSIAKINI
NGO pemantau jenayah MyWatch mendakwa menerima satu set gambar dan
dokumen berhubung skandal seks melibatkan seorang pegawai kanan polis.
Pengerusi NGO tersebut R Sri Sanjeevan yang enggan menamakan pegawai
tersebut bekata, MyWatch sedia mendedahkan gambar dan dokumen tersebut
kepada umum.
Bagaimanapun, beliau meminta jaminan daripada perdana menteri dan menteri dalam negeri agar tidak mengambil tindakan ke atasnya.
"MyWatch mahu mendapat jaminan dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa mereka
terus menggantung tugas pegawai tersebut, tanpa mengira pangkat dan
gelarannya, dan mengarahkan siasatan menyeluruh dalam perkara ini
"MyWatch sudah membuat pelbagai pendedahan sebelum ini dan menggesa
siasatan penuh dijalankan. Namun, sedihnya, semua pendedahan ini
disorokkan," dakwa Sanjeevan dalam satu kenyataan.
Katanya, MyWatch sedia mendedahkan bahan tersebut sekiranya diberi jaminan, seperti diminta.
“Ini adalah satu lagi peluang bagi perdana menteri dan menteri dalam
negeri untuk menunjukkan bahawa mereka tidak berkompromi dengan salah
laku atau salah guna kuasa melibatkan pegawai tinggi polis, dan bersedia
bertindak atas maklumat," katanya.
Beliau yang pernah mengalami kecederaan parah akibat ditembak beberapa
kali sebelum ini, turut menyatakan bahawa langkah terbaru ini mungkin
mendedahkan beliau kepada risiko sekali lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.