Selasa, 3 Jun 2014

Meski kalah semangat Pakatan Rakyat tidak patah

Pengenalan calon muda daripada DAP juga sebagai ‘penanda aras’ akan keperluan PR untuk meletakkan calon-calon muda pada PRU14 nanti, kata Pemuda PAS Perak.

PAS flags general shot


PETALING JAYA: Pemuda PAS Perak menganggap kekalahan di dalam pilihan raya kecil  Parlimen Teluk Intan tidak akan ‘mematahkan semangat’ dan ‘ mengikis setiakawan’ di dalam Pakatan Rakyat (PR) terutamanya di Negeri Perak.

Kami mengharapkan semua gerakerja sejak bermula tempoh berkempen hingga selesai PRK Teluk Intan akan membina persafahaman yang lebih jitu serta langkah yang lebih tersusun menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 14 nanti, kata ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss.

Kepada rakan-rakan di dalam PR iaitu Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan Angkatan Muda PKR (AMK) diharapkan agar diperkukuhkan lagi kerjasama untuk membina kekuatan bersama dalam PRU14 akan datang juga, tambah beliau.

Menurutnya, pengenalan calon muda daripada DAP juga sebagai ‘penanda aras’ akan keperluan PR untuk meletakkan calon-calon muda pada PRU14 nanti.

“Ianya sebagai pemangkin agar PR secara menyeluruh bersedia menampilkan calon-calon muda untuk diletakkan kelak. Kami juga akan sentiasa bersedia untuk melahirkan tokoh-tokoh muda agar ditampilkan sebagai calon yang berwibawa sebagai calon daripada PAS.

“Kami juga yakin, pengundi-pengundi muda bersedia memberikan sokongan jika kita bersedia menampilkan calon-calon yang bertenaga dan mampu menjadi pemimpin untuk menyuarakan isu-isu rakyat sama ada di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Raja Ahmad juga mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi muda yang telah memberikan sokongan dan mengundi calon DAP / PR, Dyana Sofya Mohd Daud.

Calon muda itu kalah kepada Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti  238 undi.

Kami harapkan sokongan yang diberikan akan menambah kekuatan dan iltizam kami untuk terus memperjuangkan hak-hak rakyat yang ditindas selama ini.

Kami di dalam Pemuda PR akan sentiasa bekerja keras untuk membela nasib-nasib rakyat yang hanya menjadi perhatian sepertimana di dalam PRK yang lalu, ini kerana perjuangan rakyat tidak akan ada titik noktah dan penghujungnya, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.