Kritikan berhubung masalah air, terutamanya yang terbaru daripada DAP,
dianggap tersalah sasar kerana kerajaan Selangor belum dapat menguasai
industri air negeri, kata menteri besar.
Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, hal itu demikian meskipun secara prinsipnya Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) bersetuju untuk diambil alih kerajaan negeri.
“Untuk makluman (pemimpin DAP) Tony Pua, setakat ini kerajaan negeri masih belum dapat memasuki premis SYABAS ataupun melihat semua dokumen, data dan butiran maklumat mengenai industri air ini,” katanya.
Pua (kanan), anggota Parlimen Petaling jaya hari ini berkata, gangguan terbaru bekalan air di Selangor tidak boleh dimaafkan dan menyalahkan ketidakcekapan kerajaan negeri.
Dalam kenyataannya hari ini, Khalid berkata, Pua sepatutnya mendesak SYABAS dan pegawai tertinggi syarikat itu yang “memperoleh imbuhan jutaan ringgit” supaya bekerja secara profesional.
Ini katanya sejajar dengan perolehan mereka atau setidak-tidaknya mendesak mereka bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi membantu menaikkan mutu perkhidmatan industri air.
“Saya khuatir tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang sewenang-wenangnya menuduh kerajaan negeri lembab dan gagal akan menjatuhkan semangat para pegawai yang terlibat,” katanya.
Khalid juga berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili pagi tadi.
Maximus, kata menteri besar, turut melahirkan rasa kesal atas tindakan SYABAS yang didakwanya gagal memastikan pengagihan air dilakukan secara lancar.
Justeru, kata Khalid, apabila berlaku gangguan bekalan adalah salah bagi Pua menuding jari kepada kerajaan negeri, setiausaha kerajaan negeri dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) yang bertungkus lumus menjayakan usaha penstrukturan industri itu.
Khalid bagaimanapun berkata, beliau menghargai pandangan dan kritikan mengenai tata cara pengurusan air yang dikatakan dijalankan secara tidak cekap di Selangor.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.