Pendapatan Per Kapita di Korea Selatan
dua kali ganda daripada Malaysia. Singapura, negara jiran kita 5 kali
ganda daripada Malaysia. Kalau dahulu, sama-sama digelar negara Harimau
Asia. Tetapi, sekarang apa dah jadi? Korea Selatan tumbuh gigi taring,
negara Malaysia pula tanggal gigi. Sepatutnya semakin baik. Apa silapnya
Malaysia?
Korea Selatan semakin maju
dan jauh meninggalkan Malaysia. Singapura apatah lagi (negara yang tak
punya apa-apa sumber dan tak habis-habis nak “minta sedekah dengan
Malaysia). Tetapi apa faktor yang menyebabkan mereka jauh meninggalkan
Malaysia.
- Korea Selatan pinjam IMF semasa krisis kewangan tahun 1998
- Indonesia pun pinjam IMF, lihat perkembanga ekonomi Indonesia sekarang?
Sama-sama kena tibai masa krisis
kewangan Asia tahun 1998. 10 tahun kemudian Malaysia masih tak mampu nak
membaikpulih sepenuhnya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan
swasta dalam negeri semakin menurun. Tentu ada yang tak kena dengan
polisi yang ada sekarang?
Terpaksa kami cakap terus terang dalam
beberapa isu di sini. Sebelum ini artikel-artikel kami, banyak yang kami
tinggalkan dalam bentuk persoalan untuk sama-sama kita berfikir apa
sebab musababnya Malaysia jadi begini? Negara lain dah melangkah amat
laju ke hadapan. Kita di sini, masih lagi nak bergaduh dan terlalu
banyak bincang perkara remeh temeh, bergaduh sesama sendiri, banyak
buang masa dengan “timbulkan isu-isu yang boleh diibaratkan sampah
sebenarnya” ataupun timbulkan isu diibaratkan ludah ke langit tetapi
akhirnya kena ke muka sendiri. Hentikanlah……….
“Kalau ekonomi Malaysia yang baik, rakyat juga dapat tempias”.
Yang yang kerja di luar negara sana,
tak payah panggil, mereka sendiri akan datang balik ke Malaysia kalau
ekonomi di Malaysia semakin baik. Ini bukan soal patriotik semata.
Banyak sudut yang sepatutnya disemak dan diperbaiki semula.
Link dibawah menunjukkan indeks rasuah di Malaysia pada tahun 2009 yang mana sebanyak 4.5Contonya seperti burung jantan, dia hendak pikat burung betina, apakah yang ia buat?? Antara salah satunya dengan cara membuat sarang yang cantik. Kalau ada sesuatu daya tarikan yang bagus, maka tidak mustahil hasil pulangannya adalah juga membanggakan.
http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/cpi/2009/cpi_2009_table
Link dibawah ini pula menunjukkan pada tahun 2010, indeks rasuah di Malaysia ialah 4.4
http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/cpi/2010/results
Untuk menjadi negara maju, rasuahnya haruslah sangat minima, tiada negara maju di dunia yang kadar rasuahnya tinggi.
Indeks rasuah di Malaysia
tahun 2010, Malaysia menduduki tangga 56 manakala Korea Selatan 39.
Manakala Singapore di kedudukan teratas bersama Denmark dan New Zealand.
Rasa-rasa andalah ada kaitan tak dengan tahap kemajuan Malaysia
dibanding Korea berdasarkan ranking rasuah?
Korea Selatan lebih teruk keadaan dibanding Malaysia sebenarnya :
- tiada sumber asli
- politik tak pernah stabil
- berapa kali mereka terpaksa tukar Perdana Menteri dan menteri dalam masa singkat. (Kebanyakan Perdana Menteri mereka terpaksa letak jawatan walau kesalahan orang bawah yang buat atau mereka sendiri di dakwa di mahkamah atas kesalahan yang mereka sendiri buat. Kuncinya di sini bukan siapa tetapi lebih kepada sistem, iaitu ketelusan)
- terpaksa hadapi perang sampai hari ini
- pulau & laut diambil Jepun
- terpaksa harungi musim sejuk yang agak ekstrem
- satu bangsa dua negara
Malaysia hanya bangsa Pengguna, manakala Korea/Taiwan itu BANGSA PENCIPTA. Itu sebablah mereka boleh pergi jauh, yang kita semakin jatuh dan jatuh
Di Malaysia banyak wang dihabiskan untuk
memecahkan bangsa, bukannya mahu menyatukan bangsa. Banyak pertubuhan
dan program-program yang ada di Malaysia menawarkan “khidmat mereka
untuk memecahkan kepelbagaian kaum di Malaysia?
Baru-baru ini punya kes di Malaysia :Pada 20 Januari lalu, sebuah pemerhati kewangan – Global FinancialIntegrity (GFI) – menyenaraikan Malaysia antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dalam dekad lalu. Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008. Aliranwang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.
Sebab apa ini? Duit banyak keluar
maknanya banyak kegiatan haram di Malaysia yang tak menyumbang pada
ekonomi. Antaranya sebab rasuah, duit panas. Jadi nak selamat mereka
hantar duit keluar.
MALAYSIA dan KOREA kongsi lambang negara
yang sama iaitu Harimau Belang tapi mereka di sana dah mula mengaum
kuat. Korea Selatan ada industri kereta. Mereka dah dah eksport
juta-juta setahun tetapi Malaysia? Hyundai contohnya dah lama masuk ke
USA dan sekarang mereka masuk pasaran India pula. Itu tak termasuk barangan pengguna mereka
yang gah pasarannya seluruh dunia. Kerajaan masih tak berani nak
turunkan cukai kereta import yang sepatutnya Proton dah boleh mula
berdikari, walaupun secara perlahan-lahan. Itu sebab jugalah Proton
berani pinjam Rm2.5billion dalam keadaan tak pernah untung. Kereta China
yang bermula lambat daripada Proton pun sudah mula “menjelajah dan
menawan dunia”.
Sebab lain pun adala masalah pengurusan.
Antara isu yang paling mudah, isu air. Sedangkan rakyat Johor sendiri
bayar harga yang mahal iaitu seringgit lebih tapi Singapura hanya perlu bayar 3 sen sahaja
untuk 1000 gelen air, sedangkan Hong Kong sendiri bayar USD5 dollar
untuk 1000 gelen air yang disalurkan dari negara China. Macam mana tu?
Siapa lagi cerdik?
Korea Selatan walaupun satu bangsa lihat semasa sidang parlimen mereka, ada juga bertumbuk dan bergusti :
South Korea’s politicians descended into a large scale brawl, building a furniture blockade as the government pushed through the 2011 budget. One GNP member was taken to hospital after being hit on the head with a gavel during the scuffle Photo: AFP/GETTY IMAGES
Rakyat di negara Korea Selatan walaupun
sebuah negara maju, masih juga berdemo jika tidak puas hati dengan
dasar-dasar tertentu daripada kerajaan Korea Selatan :
Demontrasi sangat popular di sana untuk mereka menunjuk dan menonjolkan pendapat mereka. Tetapi mengapa negara mereka boleh juga maju?During the last holidays on May 2nd and 3rd, 2008 unusual incidents caught our eyes at the Cheonggyecheon Plaza. In the evening on the last May 2nd, unexpectedly massive citizens and netizens gathered together, lodging a protest against U.S. beef contaminated by mad cow diseases, at a candlelight vigil. Another candle demonstrations coloring the Cheonggyecheon Plaza red with red candlelights, were organized on the following day, and in May 6th evening, similar kinds of rallies were planned to be organized at Yeoido and the
Lihat Jepun sampai terpaksa tukar Perdana Menteri setiap 20 bulan, tak penah bersatu dan sukar nak sepakat dalam apa isu sekalipun. Lihat Taiwan pun hampir sama, begitu juga dengan Korea sampai pecah dua.
Tiada satu bangsa dalam dunia ini yang benar-benar bersatu, tetapi negara-negara seperti Korea, Jepun dan Taiwan ini jugalah yang boleh maju. Penyatuan bangsa bukan satu masalah besar untuk mereka…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.