Peguam M Kulasegaran berkata beliau akan memfailkan prosiding menghina
mahkamah terhadap Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar
dalam satu kes hak penjagaan anak.
Ia ekoran kegagalan untuk melaksanakan beberapa perintah Mahkamah Tinggi Ipoh berhubung kes perebutan hak penjagaan anak antara agama, di mana Kulasegaran yang juga MP Ipoh Barat mewakili M Indira Gandhi.
Perintah mahkamah itu termasuk satu perintah komital, satu waran tangkap terhadap bekas suami Indira - K Pathmanathan @ Muhd Ridhuan Abdullah - dan perintah supaya anak mereka, Prasana Diksa, dipulangkan kepada Indira.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ipoh hari ini bersama anak guamnya, Kulasegan menegur IGP, sebagai mungkin satu-satunya IGP di dunia, yang enggan melaksanakan waran tangkap, dan berkata keadaan Indira boleh diselesaikan dengan mudah jika Khalid menguatkuasakan perintah mahkamah.
Katanya, tidak akan ada keperluan untuk Peguam Negara (AG) campurtangan jika perintah itu dikuatkuasakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.