Kenaikan Tarif Elektrik Naik 2014 :
Paling rakyat takutkan adalah mendengar pengumuman kenaikan harga minyak
di Malaysia, kedua adalah pengumuman kenaikan tarikf elektrik naik.
Masakan tidak, kesannya rantaian cukup dahsyat ke atas kos sara hidup di
Malaysia.
Kali terakhir, TNB melakukan semakan
kenaikan tarif elektrik naik adalah pada Januari 2014 yang lalu di mana
rakyat Malaysia mula “menikmati” peningkatan 15% kepada 38.53 sen per kilowatt-jam (kWh). Belum sempat….
Belum sempat rakyat Malaysia yang
mengalami kesesakan nafas apabila menerima berita kenaikan tarif
elektrik naik pada Januari 2014, dijangka akan ada satu lagi siri
pengumuman kenaikan tarif elektrik naik sekitar bulan Julai 2014 akan
diumumkan kelak.
Butiran Kenaikan Tarif Elekrtik Naik 2014 Siri 2
- dijangka kenaikan tarif elektrik naik bermula bulan depan, Julai 2014
- kenaikan tarif elektrik tersebut tidak dapat dielakkan kerana berpunca daripada peningkatan harga gas antarabangsa
- ditambah dengan mekanisma Pelaksanaan Pelepasan Kos Bahan Api (FCPT), di mana tarif elektrik akan diselarikan berdasarkan harga gas antarabangsa setiap enam bulan
- Januari hingga Jun, berlakunya kenaikan harga LNG naik kepada 10%-25% tetapi harga batu arang turun 10%-15% antara tempoh tersebut
- Tiada pilihan lain, iaitu merapatkan jurang antara kos sebenar janakuasa tenaga dengan tarif yang disubsidikan ketika ini
- Kos sebenar kuasa tanpa subsidi sekitar 42 sen per kWh tetapi rakyat Malaysia hanya membayar tarif elektrik semasa 38.53 sen per kWh
- jika tarif elektrik terus kekal seperti yang ada sekarang untuk beberapa bulan akan datang, jumlah subsidi yang perlu ditanggung kerajaan akan mencapai antara RM12 bilion hingga RM14 bilion bagi tahun ini saja.
Dengan kenaikan tarif elektrik naik
Julai 2014 kelak, bukan sahaja orang bandar sahaja bakal terkesan, orang
kampung, peniaga, pengilang, pemborong, pelabur asing bakal merasai
impaknya.
Para pengilang dan para peniaga paling
banyak mengunakan elektrik, yang mana akan menyebabkan kos akan
meningkat secara mendadak dek kerana bil elektrik yang melambung tinggi.
Akhirnya barang dikeluarkan kilang, pemborong hingga peniaga runcit
semua akan terpaksa dinaikkan disebabkan kenaikan tarif elektrik naik
peningkatan kos.
Suasana pelaburan dan perniagaan bakal
menjadi tidak kompetitif. Jikalau ada negara lain yang bakal menawarkan
kemudahan yang lebih baik, apa guna mereka melabur di Malaysia?
Dan juga Berita Semasa melihatkan gaji rakyat Malaysia (KLIK SINI)
yang tidak naik mendadak sedangkan tarif elektrik dijangka terus
dinaikkan setiap 6 bulan? Bagaimana mungkin mereka mampu menyerap
lonjakan kos sara hidup di Malaysia? Akhirnya kelak, daya beli rakyat
Malaysia semakin berkurang, peniaga mula merasai kelembapan penjualan
akhirnya cukai turut akan berlaku penyusutan.
Tidak cukup lagi, untuk tempoh 18 bulan
daripada sekarang, kenaikan tarif elektrik naik lagi secara berterusan
antara 24% hingga 39% berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Persatuan
Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) .
Sudah bersediakah rakyat
Malaysia menghadapi satu lagi siri gelombang kenaikan tarif elektrik
naik selepas ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.