Oleh: Lyn Nasir
KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
seharusnya profesional dan tidak membuat keputusan yang meragukan umat
Islam dalam isu coklat Cadbury.
Ketua Penerangan KEADILAN, Muhammad Nur Manuty berkata, badan itu
merupakan pihak bertanggungjawab yang mengeluarkan tanda halal bagi
produk makanan untuk umat Islam.
“Contohnya
dah jadi sekarang ni, coklat Cadbury sekejap kata haram, hari ini kata
halal. Pastinya ia meragukan masyarakat Islam. Jadi perkara seperti ini
perlu diambil kira,” ujarnya kepada Keadilan Daily.
Media hari ini melaporkan, dua produk Cadbury yang dilaporkan
mengandungi DNA babi disahkan bebas daripada unsur haram berdasarkan
analisis dijalankan Jakim.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
Baharom, kedua-dua sampel coklat tersebut diambil dari kilang pengeluar
produk itu di Shah Alam dan disahkan halal.
Ia sama sekali berbeza dengan analisis Kementerian Kesihatan sebelum
ini yang mengesahkan penemuan DNA babi dalam produk makanan tersebut.
Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi
Abdul Manan berkata, meskipun dua sampel produk itu disahkan bebas DNA
babi, namun ia tidak mudah untuk mengakhiri kekeliruan dan keraguan
pengguna.
Beliau menegaskan beberapa persoalan perlu dijawab, antaranya, mengenai tahap kesahihan tanda halal dikeluarkan JAKIM.
“Umat Islam memikirkan bagaimana pematuhan terhadap tanda halal itu,
kelihatan tidak dipatuhi oleh sebuah syarikat yang besar,” katanya
dilapor media
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.