MALAYSIAKINI
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat kesal dengan respons yang
diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
berkaitan insiden kepala lembu yang ditinggalkan di luar rumah seorang
ahli politik beragama Hindu di Pulau Pinang.
Menurut Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, perbuatan meletakkan kepala lembu di pintu pagar ADUN Seri Delima, RSN Rayer "jelas adalah satu penghinaan terhadap penganut agama Hindu".
Oleh itu, katanya, respons yang diberikan oleh Zahid terhadap insiden itu "tidak mencerminkan ajaran Islam".
"Islam mengajar umatnya agar menghormati agama lain dan menegah sebarang
perilaku yang bermotifkan penghinaan," kata Amidi dalam satu kenyataan.
"Tegahan ini jelas disebut dalam Surah al-An'am ayat 108 yang menegaskan
bahawa penghinaan terhadap sembahan agama lain akan menyebabkan
penganut agama lain menghina agama Islam.
"Respons yang sedemikian memberikan imej yang negatif selaku pemimpin
'negara Islam' yang tidak mempraktikkan ajaran al-Quran," tambanya.
Sepatutnya, tegas Amid lagi, kenyataan berkaitan status Malaysia sebagai
negara Islam mestilah disertai dengan perkataan, sikap dan tindakan
yang benar-benar menepati ajaran Islam terutamanya perkara yang
berkaitan dengan perhubungan antara pelbagai agama.
Sebelum ini, Zahid dilaporkan
berkata perbuatan meletak kepala lembu di rumah ADUN Seri Delima itu
sebagai "harga yang perlu dibayarnya kerana keceluparan mulutnya'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.