Jumaat, 9 Mei 2014

Warga Afrika Timur disyaki kumpulan militan ditahan

MALAYSIAKINI


Seorang warga asing dari Afrika Timur ditahan polis di Selangor semalam kerana disyaki terbabit dalam kumpulan militan.
  
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata suspek berusia 34 tahun, ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman di Selangor, semalam.
  
"Polis sedang menjalankan siasatan susulan, aktiviti suspek di Malaysia untuk mengenal pasti rangkaian anasir-anasir pengganas Al-Shabab yang mungkin bersembunyi atau menjalankan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan Malaysia.
  
"Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut prosedur di bawah Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747)," katanya dalam kenyataan semalam.
  
Dengan penahanan itu, polis kini menahan 12 individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan dalam tempoh dua minggu.
  
Sebelum ini, 11 individu ditahan polis kerana terbabit dalam kumpulan militan di Selangor dan ibu negara sejak 28 April lepas dan dipercayai mempunyai rangkaian di Syria dan selatan Filipina.
  
Polis percaya mereka mendapat latihan dan berjuang di Syria dengan kumpulan pemberontak yang menentang kerajaan Bashar al-Assad.- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.