Isnin, 26 Mei 2014
Rempuh DUN: Siasatan polis 95% selesai
Beliau berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 448 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan laporan lengkap akan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.
"Setakat ini 95% dah selesai. Polis menyiasat kes ini dari pelbagai sudut dan setakat ini telah merekodkan keterangan 27 orang saksi," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
Beliau meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi liar sehingga siasatan selesai dijalankan.
Rabu lepas sekumpulan lelaki menyerbu masuk DUN sebagai membantah tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S.N Rayer menggelarkan "Umno celaka" ketika membahaskan usul ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada Selasa.
Sementara itu, Mior Faridalatrash berkata polis menerima 19 laporan berhubung kes salah laku sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor yang berakhir semalam.
Beliau berkata lima kertas siasatan yang dibuka telah diserah kepada Jabatan Peguam Negara untuk proses seterusnya.
"Pilihan raya berlangsung dalam keadaan aman dan kebanyakan kes adalah berkaitan rasa tidak puas hati calon bertanding," katanya. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.