TELUK INTAN: DAP menyediakan 25 buah bas kepada pengundi luar yang bekerja di Kuala Lumpur, Selangor dan Singapura bagi mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini.
Timbalan Setiausaha Agungnya, Datuk Ngeh Koo Ham memberitahu bagi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor sebanyak 10 buah bas disediakan, manakala di Singapura pula sebanyak 15 buah.
"Bagi mempermudahkan pengundi luar untuk balik, DAP telah menyediakan kemudahan bas dari Kuala Lumpur, Selangor dan Singapura.
"Untuk Kuala Lumpur dan Selangor, pengundi hanya perlu membayar RM10 sahaja untuk tiket pergi dan balik, manakala bagi pengundi yang kerja di Singapura tiket percuma diberikan untuk perjalanan balik ke Singapura sahaja," jelasnya pada sidang media di Gerakan DAP di sini.
Beliau yang berharap dengan kemudahan ini dapat meningkatkan sasaran sokongan seramai 900 orang dari pengundi luar bagi DAP mengekalkan kemenangan.
"Kita harap dengan kemudahan yang disediakan ini, pengundi-pengundi yang bekerja di luar dapat balik menunaikan tanggungjawab mereka.
"Kita mengharapkan sokongan pengundi luar bagi mengekalkan kemenangan calon yang mewakili Pakatan Rakyat dari DAP, Dyana Sofya," kata beliau yang Ahli Parlimen Beruas.
Ngeh yang turut memberitahu perkhidmatan bas itu disediakan melalui sumbangan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat
Bagi sekitar Lembah Klang, bas akan bertolak dari Stesen LRT Bukit Jalil dan Stesen LRT Kelana Jaya jam 7.00 dan 8.00 malam pada 30 Mei.
Untuk perjalanan balik ke Lembah Klang akan bertolak jam 6.00 petang pada 31 Mei dan 1 Jun.
Sementara itu untuk perjalanan balik ke Singapura, tarikh perjalanan adalah 31 Mei (malam) dan 1 Jun (malam).
Pengundi yang berada di luar Teluk Intan boleh menghubungi Chee Fu Yue (017-2327929) bagi perkhidmatan bas dari Kuala Lumpur dan Selangor, manakala perjalanan ke Singapura boleh menghubungi Siew Lee Wah (012-5068928) atau melalui email telukintanbyelection2014@gmail.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.