Sabtu, 3 Mei 2014

Najib: Dasar air percuma S'gor akibatkan catuan

MALAYSIAKINI


Perdana Menteri Najib Abdul Razak hari ini mempersalahkan langkah populis kerajaan Pakatan Selangor untuk memberi air percuma dan keengganannya menaikkan tarif air, sebagai punca kekurangan air di negeri itu.

Beliau berkata memberikan air percuma telah mengakibatkan negeri itu kehabisan bekalan dan berkata Pakatan tidak bersikap realistik.

Katanya, walaupun menteri besar Selangor telah memberhentikan
catuan air, tetapi dapatkah beliau memberi jaminan tiada lagi catuan air pada masa akan datang.

Paras air di empangan Selangor merosot sejak beberapa bulan lalu kerana cuaca kering yang luar biasa,  dan diburukkan lagi oleh pencemaran di beberapa sumber air yang memaksa kerajaan negeri melaksanakan catuan air pada Mac dan April.

Bagaimanapun musim kemarau juga melanda negeri-negeri lain termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Johor, yang melakukan catuan air.

Kedah, Melaka dan Pulau Pinang juga sedang menimbang langkah tersebut tetapi setakat ini masih mampu membekalkan air tanpa catuan.

Catuan air Selangor berakhir minggu ini selepas hujan turun semula di kebanyakan empangan dan kerajaan negeri mengambil langkah tambahan untuk meningkatkan bekalan dari sumber alternatif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.