MALAYSIAKINI
MIC memberi nasihat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menyifatkan pengundi India sebagai
golongan "tidak mengenang budi", seperti dalam ucapan menteri itu
semalam.
Timbalan presiden parti, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kenyataan
seperti itu akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi pilihan raya
kecil 31 Mei.
Tambahnya, ahli politik juga harus berhati-hati agar tidak menyentuh
sensitiviti kaum lain dalam keghairahan mereka untuk meraih sokongan.
Subramaniam berpendapat Zahid silap langkah kerana menyifatkan golongan
Cina yang menyokong DAP sebagai orang tidak mengenang budi dalam satu
ceramah di kampung Melayu di Teluk Intan semalam.
"Isu seperti ini kita perlu elak seboleh mungkin...," kata menteri kesihatan itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.