KL TODAY
Bekas
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kekesalannya
dengan sesetengah umat Islam di negara yang terlalu kisahkan mengenai
keharaman babi tetapi mendiamkan diri dengan dosa lebih besar seperti
rasuah.
Beliau berkata, masyakarat Islam seperti tidak menyedari dosa dan
mudarat dalam perkara yang jelas haram seperti riba dan rasuah adalah
lebih besar daripada makan babi.
”Malangnya, kita tidak pula bising
habis-habisan bagi perkara jelas haram seperti riba, korupsi, salah
guna harta awam dan seumpamanya.
“Inilah
fahaman Islam yang hanya terasa haram babi tetapi tidak terasa haram
judi, riba dan rasuah sedangkan dosa dan mudarat semua itu lebih
besar,” katanya dalam tulisannya di Facebook hari ini.
Selain
itu, katanya, umat Islam yang termakan makanan haram tanpa sengaja
tidak dikira berdosa malah Allah juga tidak akan menghukum seseorang
itu atas perkara luar daripada maklumat dan kemampuannya.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas insiden kandungan DNA babi yang
dikesan dalam coklat Cadbury dan menyelar reaksi sesetengah pihak yang
disifatkan sebagai melampau dalam agama.
Katanya, sifat Islam itu sendiri tidak pernah menyuruh atau menyusahkan seperti itu.
Katanya, sifat Islam itu sendiri tidak pernah menyuruh atau menyusahkan seperti itu.
“Membantah hak pengguna itu sesuatu yang bagus supaya pengguna tidak diperdaya.
“Teteapi
berlebihan dalam hukum seperti suruh samak mulut atau tukar darah
adalah unsur ghuluw atau melampau dalam Islam,” katanya dipetik
daripada laman Facebooknya hari ini.
Sabtu
lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan penemuan DNA babi dalam dua
sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury
Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy
Milk Roast Almond).
Susulan daripada itu Jakim menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk keluaran Cadbury itu.
Perkara itu juga turut mengundang kemarahan masyarakat Islam di negara ini hingga menyaksikan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pengguna untuk memfailkan saman selain memboikot produk itu.
Perkara itu juga turut mengundang kemarahan masyarakat Islam di negara ini hingga menyaksikan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pengguna untuk memfailkan saman selain memboikot produk itu.
Ketua
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan
mahu kilang Cadbury disita dan pengguna memboikot produknya berikutan
tiada langsung permohonan maaf yang diusulkan dan pihak berkuasa
seharusnya bertegas dalam hal ini.
Sementara
itu, Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) mahu kilang
coklat Cadbury membayar kos menukar darah kepada semua umat Islam yang
termakan bahan haram dalam coklat berkenaan.
Jurucakap
ACCIN, Sabariah Abdullah berkata, gabungan yang mempunyai 18 NGO
bernaung di bawahnya mendesak supaya saman hingga berbilion ringgit
dibuat ke atas syarikat antarabangsa itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.