Oleh : AFEEQA AFEERA
SHAH ALAM, : Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 15 semalam berhubung salah laku sebuah syarikat yang mengaitkannya dengan penipuan perniagaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga.
Berdasarkan laporan polis dibuat, Rodziah berkata syarikat terbabit iaitu Yeop Heng Team Trading (SYHTT) didapati menggunakan nama beliau untuk urusan dan tawaran yang dibuat antaranya peluang pekerjaan dan khidmat barangan.
Katanya perkara itu hanya disedari apabila ramai di kalangan mereka yang terlibat berurusan dengan syarikat terbabit membuat aduan di Pusat Khidmat Dun Batu Tiga.
“Syarikat ini juga menipu orang ramai di sekitar DUN Batu Tiga khususnya seperti tidak mendapat upah seperti yang dijanjikan, barang yang disiapkan tidak diambil dan barang-barang dapur yang dipesan tidak dihantar.
“Kesimpulannya banyak unsur-unsur penipuan di dalam urusan perniagaan mereka yang perlu disiasat dan diambil tindakan,” kata laporan itu yang disiarkan di twitternya.
Rodziah yang juga Adun Batu Tiga turut memaklumkan syarikat terbabit memiliki unsur mengutip wang dari orang ramai kononnya dalam bentuk deposit dengan menjanjikan akan mendapat pulangan dalam bentuk barangan secara harga murah atau upah kerja.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis dan pihak berwajib untuk mengambil tindakan dan siasatan lanjut dengan segera terhadap syarikat dan individu yang terbabit dalam perkara berkenaan.
“Hati-hati dengan syarikat yang menawarkan program ini kerana ramai yang telah terlibat dengan tawaran mereka.
“Saya akan saman siapa yang sabitkan nama saya (selepas ini),” katanya lagi.
EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.