KELAB GREENBOC
Perhimpunan aman membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran pakatan pembangkang di Dataran Merdeka bertukar menjadi kecoh apabila sekumpulan remaja yang membawa kain rentang tertera Antifa (Anti-Fasis) melakukan keganasan terhadap petugas media.
Kekecohan tercetus beberapa minit selepas peserta demonstrasi bersurai apabila kumpulan terbabit yang dianggotai kira-kira 40 individu menyalakan api suar menyebabkan kawasan sekitar dipenuhi asap.
Petugas media terdiri daripada jurufoto, jurukamera dan wartawan kemudian menghampiri kumpulan terbabit untuk mengambil gambar namun ditolak dan dihamburkan dengan kata-kata kesat.
Keadaan menjadi lebih kecoh apabila ahli kumpulan terbabit turut memukul petugas media termasuk jurukamera myMetro TV menggunakan kayu bendera selain membaling botol air mineral.
Kekecohan itu tercetus hampir lima hingga 10 minit apabila petugas media dan segelintir peserta mula bertengkar dengan kumpulan terbabit.
Bagaimanapun, Unit Amal PAS berjaya menenangkan peserta perhimpunan dengan menyuraikan mereka, manakala kumpulan serba hitam yang mencetuskan kekecohan itu kemudiannya bergerak meninggalkan Dataran Merdeka menuju ke Jalan Raja Laut sambil dikejar petugas media kira-kira jam 4.50 petang.
Difahamkan ada petugas media yang dipukul kumpulan serba hitam yang dipercayai sengaja mencetuskan kekecohan itu akan membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Dang Wangi. -HM
LIHAT VIDEO DI SINI
ULASAN GB
Mereka adalah sekumpulan pemuda yang bertopeng, memakai baju hitam menyamar sebagai ahli SAMM. Mereke menyamar sebagai "Anak Muda" menumpang di celah-celah demonstrasi aman untuk mencapai tujuan dan hasrat mereka.
Mereka adalah dari kumpulan yang menolak sistem demokrasi. Mereka menolak sistem politik kepartian. Mereka tolak sistem pilihanraya. Mereka berjuang dengan cara mereka. Mereka kononnya percaya kepada sistem khalifah. Mereka menolak dan menghina sistem beraja. Kumpulan puak UMNO menggunakan perbuatan mereka semalam untuk menyerang dan memburukkan PAS dan PR. Perhatikan video dibawah ini:
LIHAT VIDEO DI SINI
Kumpulan ini sebenarnya kumpulan yang penakut, takut untuk menjelaskan kaedah perjuangan mereka iaitu perjuangan melalui kekerasan!
Mereka menolak demokrasi tetapi menyempilkan diri di celah-celah demokrasi. Gambar ini sebagai bukti:
Lihat di atas, mereka mengaku mereka kumpulan "anak muda", marah kepada PAS kerana Unit Amal merampas banner mereka dan menghalang mereka masuk ke barisan hadapan di dataran Merdeka. Ini banner mereka:
Marah kerana kononnya PAS tak amalkan demokrasi kerana kononnya "melayan mereka macam musuh", sedang merekalah kumpulan yang telah awal-awal menolak sistem demokrasi di dalam perjuangan mereka.
Mereka memproklamirkan misi perjuangan mereka melalaui laman sosial. Mereka mencerca ulamak-ulamak di Malaysia terutama ulamak-ulamak PAS kononnya bersokongkol di dalam sistem demokrasi.
Persoalannya siapa mereka. GB menemui jawapannya kerana yang berjuang dengan kaedah sedemikian rupa tidak lain selain dari Hizbut Tahrir!
Pihak berkuasa KDN perlu mengambil tindakan segera ke atas mereka!
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا
2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan
Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.