MALAYSIAKINI
Ada di kalangan ahli PKR yang mengadu berkaitan dengan kertas undi serta
pengundi perlu menghafal sehingga 78 nombor calon bagi pemilihan
kepimpinan pusat.
"Sebagai contoh, untuk jawatan timbalan presiden, terdapat tempat kosong
bersebelahannya dan kita perlu mengisi nombor calon," kata ahli PKR
Cabang Johor Bahru, Yusuf Rahmat, yang mengundi untuk kali pertama,
ketika dihubungi.
Katanya, risalah diedarkan yang mengandungi nombor calon dari kem-kem masing-masing,.
Para ahli, kata Yusuf, akhirnya hanya menyalin nombor-nombor tersebut tetapi risalah tidak mengenal pasti nombor calon mana.
"Jadi main 'tikam- tikam'," katanya.
Malaysiakini juga difahamkan bahawa satu aduan telah
dikemukakan kepada jawatankuasa pemilihan berhubung dakwaan berlaku
penyelewengan pemilihan dan penjumlahan undi di Cabang Batang Sadong.
Dakwaan-dakwaan yang dibuat dalam aduan yang panjang lebar dengan
disertai testimoni saksi dikemukakan kepada jawatankuasa berkenaan dan
dilihat oleh Malaysiakini.
Aduan tersebut termasuk dakwaan peti undi ditinggalkan begitu sahaja
selepas pengundian tamat; peti undi diganggu sebelum penjumlahan undi
bermula ; dan jumlah kertas undi tidak sama dengan bilangan pengundi.
Pemilihan PKR bermula dari 26 April hingga 11 Mei dan keputusannya akan diumumkan pada 13 Mei.
Jadual mengundi mengikut negeri adalah seperti berikut:
26 April - Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang
27 April - Sarawak, Johor dan Melaka
3 Mei - Sabah, Kedah dan Perlis
4 Mei - Sabah, Perak dan Pulau Pinang
10 Mei - wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan
11 Mei - Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.