Rabu, 30 April 2014

Pemuda Umno tubuh majlis penasihat agama

MALAYSIAKINI


 


Pergerakan Pemuda Umno hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Ulama Pemuda Umno yang bertindak sebagai penasihat hal ehwal agama bagi sayap itu.

Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata Majlis Ulama itu diketuai oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahya.

Majlis Ulama itu akan diletakkan di bawah Akademi Pemuda Umno bagi membolehkan pelajar bidang agama di luar negara menyumbangkan idea kepada Umno selepas tamat pengajian, katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato' Onn di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 13 hingga 16 April lepas, Pemuda Umno mengadakan lawatan ke Turki, Jordan dan Arab Saudi untuk menjalinkan kerjasama dengan Pergerakan Pemuda Parti AP di Ankara dan bertemu persatuan pelajar Malaysia di negara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta rakyat Selangor melaksanakan satu referendum sebagai bantahan terhadap kegagalan kerajaan negeri itu menyelesaikan krisis air. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.