IPOH - Pelaksanaan hukum hudud di negara ini perlu mengambil masa yang lama bagi memastikan masyarakat benar-benar faham mengenainya.
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, isu hudud hanya boleh diselesaikan tanpa pendekatan politik.
Katanya, ia memerlukan konsultasi dan rundingan yang panjang oleh orang-orang yang berwibawa untuk merealisasikannya.
“Sebagai orang Islam kita tidak berhak untuk menolak hukum yang ditetapkan ALLAH.
“Malangnya ada pemimpin tertinggi negara yang sinikal tentang hudud dengan secara langsung memberi gambaran tidak baik kepada hukum ini kepada orang bukan Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Muhammad Nur berkata, secara realitinya, persiapan perlu dibuat teliti dengan memastikan rakyat benar-benar faham tentang hudud itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.