SITIAWAN - Pusat Harapan Rakyat Cawangan Simpang 3, Kampung Koh dikendalikan PKR tidak mengenakan caj tertentu dalam membantu menguruskan pembayaran bil penduduk kawasan berkenaan.
Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid berkata, ada pihak mendakwa pusat harapan rakyat mengenakan caj bagi setiap pembayaran bil dibuat.
Menurutnya, dakwaan itu tidak benar kerana bantuan disediakan terutama kepada warga emas dibuat bagi memudahkan penduduk.
“Sebelum ini penduduk membayar sendiri bil kerana masih ada pejabat pos di kawasan ini, tetapi setelah pejabat itu ditutup ada antara mereka tidak dapat membayar bil kerana perlu ke tempat lebih jauh.
“Jadi kami mengambil inisiatif membantu mereka membuat pembayaran dan dibuat secara percuma sejak tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya melihat sebaran dakwaan itu tidak lebih sebagai usaha pihak tertentu untuk memburukkan imej parti.
Jelasnya, perkara itu timbul pada awal tahun dan disedari apabila ada penduduk mula bertanya mengenai caj tambahan, secara jujurnya tidak ada caj dikenakan.
“Kami tetap meneruskan khidmat ini, mana-mana penduduk yang mahu membuat bayaran bil boleh datang ke pusat harapan cawangan Simpang 3 ini dan menyerahkan bil bersama duit kepada petugas di sini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.