MALAYSIAKINI
Anggota Parlimen Klang daripada DAP Charles Santiago mendesak kerajaan
Selangor mengeluarkan laporan Jabatan Kesihatan berhubung air daripada
lombong yang disalurkan ke Sungai Selangor bagi menghadapi masalah
kekurangan air.
“Laporan itu patut memperincikan kandungan kimia termasuk pencemaran
atau kandungan toksik, jika, ada daripada pelbagai lombong,” katanya
dalam kenyataan hari ini.
Beliau merujuk kepada pelan kecemasan mengepam air daripada lombong
terbiar bagi membekalkan air ke lori rawatan ekoran aras Sungai Selangor
dalam keadaan kritikal.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (kanan)
menjamin kaedah itu selamat ekoran lombong itu tidak digunakan untuk
jangka masa lama dan Jabatan Kesihatan tidak mempunyai sebarang
kebimbangan keselamatan berhubung langkah itu.
Santiago bagaimanapun berkata, beliau menerima banyak aduan daripada
kumpulan profesional kesihatan yang tidak yakin dengan jaminan itu.
“Terdapat kebimbangan lombong terbiar itu tahun demi tahun menjadi
tempat mendapan pencemaran dan kandungan toksik termasuk bahan
radioaktif.
“Kebanyakan takungan lombong tidak diurus atau dirawat untuk pemulihan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.