Selasa, 1 April 2014

Hishammuddin lari ke Hawaii, tunjuk BN tidak serius bincang MH370 dengan Pakatan

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

 

Azmin Ali menuduh BN mempolitikkan isu MH370 dan tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa ini.  – Gambar The Malaysian Insider.Azmin Ali menuduh BN mempolitikkan isu MH370 dan tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa ini. – Gambar The Malaysian Insider.



























Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan kekesalan setelah taklimat berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijadualkan berlangsung malam ini tidak disampaikan sendiri oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata, keengganan Hishammuddin memberikan taklimat itu sendiri kepada ahli Parlimen PR seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menunjukkan Barisan Nasiional (BN) tidak serius menyelesaikan isu kehilangan pesawat MAS tersebut.

“Pagi ini kita dapat maklumat menteri lari dan pergi ke Hawaii untuk sidang yang lain.

“Pihak yang mempolitikkan isu ini adalah kerajaan BN yang tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Shahidan sebelum ini mendakwa kerajaan sedia mengadakan pertemuan dengan anggota Parlimen pembangkang bagi menyampaikan maklumat terperinci berhubung tragedi penerbangan MAS MH370.

Katanya, pertemuan itu diatur pada malam Selasa ini di antara anggota Parlimen pembangkang dengan Hishammuddin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.