Jumaat, 25 April 2014

Bertenang, Anwar. Rakyat Malaysia bukannya bodoh!



Oleh Ng Kee Seng


Bertenanglah Datuk Seri Anwar Ibrahim! Bertenang, kurangkan stres dan berhenti melakukan perkara yang membodohkan diri anda sendiri.

Orang yang paling berkuasa di dunia hari ini, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tidak boleh ditekan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tidak bertemu dengan anda.

Malaysia dan Najib adalah terlalu kerdil – untuk menekan Obama dan Amerika Syarikat.

Jika Obama telah menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan anda secara peribadi, beliau akan berbuat demikian. Obama tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada sesiapa; bukankah ini dunia bebas?

Jangan meninggi diri, Anwar. 

Perjuangan anda dan Pakatan Rakyat bagi keadilan dan kebebasan untuk rakyat Malaysia, anda tidak memerlukan AS atau Obama. Anda hanya perlu majoriti besar (majoriti sahaja tidak mencukupi, seperti yang dilihat dalam pilihan raya umum ke-13) sokongan rakyat untuk mengatasi rejim Barisan Nasional (BN) yang kejam dan korup.

Jadi Anwar, jangan menipu diri sendiri. Jangan berkelakuan seperti pemimpin BN, yang mengambil mudah dan menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia.

Ketua tidak rasmi PKR itu dilaporkan berkata: "Saya percaya beliau (Obama) ditekan Najib untuk tidak berjumpa dengan say,a apabila Presiden Amerika Syarikat itu melawat Malaysia untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (pada Saturday 26 April)."

Pilihan raya umum selepas ini akan berlaku pada tahun 2018 tetapi Najib, selagi beliau kekal sebagai Perdana Menteri, boleh menjalankan pilihanraya mengejut jika beliau mahu, selepas tempoh dua tahun dari tarikh 5 Mei 2013 .

Daripada membuang masa bermain politik tanpa adanya keuntungan jelas, Anwar dan pemimpin Pakatan harus menguruskan kelemahan mereka dalam 13.

Jelas sekali bahawa kelemahan terbesar Pakatan adalah kekurangan sokongan daripada pengundi luar bandar.

Berhenti membuang masa, bertemu dengan akar umbi dan berinteraksi dengan golongan miskin luar bandar, didik mereka tentang de

Itulah satu-satunya cara dan harapan bagi memenangi sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat, supaya adanya peluang yang sebenar mendapatkan sokongan besar-besaran dalam PRU14 dan menawan Putrajaya.http://bm.theantdaily.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.