Isnin, 28 April 2014

Adam AF dan Fiza Elite Sah Cerai Talak Satu

alt
 
Amirul Ashraff 


SHAH ALAM - Selepas beberapa kali menafikan dakwaan bahawa berlakunya keretakan rumah tangga akhirnya Mohd Aizam Mat Saman atau dikenali sebagai Adam melafaz cerai talak satu kepada pasangannya iaitu Siti Zaidatul Fiza Abd Halim atau Fiza Elite di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Adam, 31, melafaz cerai talak satu  di hadapan hakim Syarie Muhammad Nazri Basrawi pada jam 1.05 tengah hari.

Sebelum itu Fiza, 33, telah mengemukakan permohonan lisan kepada pihak mahkamah untuk mengadakan prosiding secara tertutup diatas alasan bahawa dia seorang artis dan tidak mahu masalah rumah tangga yang dihadapi bersama Adam diketahui oleh umum.
 
alt
 
Mahkamah kemudiannya bersetuju dengan permohonan yang dikemuka oleh Fiza secara tertutup tanpa kehadiran wartawan dan memerintahkan semua wartawan berada di luar makhamah.

Fiza yang hadir memakai jubah hitam bersama Adam serta ditemani oleh beberapa rakan artis termasuk rakan karib, Azza Elite.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 26 September 2013.

Sebelum mengahwini Adam, Fiza pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai 4 tahun kemudian.

Hasil perkahwinan pertama, Fiza dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Aryana Ahmed Farriq, 6, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.