GUA MUSANG: Seramai 29 penumpang bas ekspres terselamat selepas
kenderaan itu terbabas ke dalam parit di Kilometer 3.5 Jalan Gua
Musang-Kuala Krai berhampiran Bandar Utama di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah,
berkata bas ekspres Shamisha Holiday itu remuk sedikit di bahagian depan
dan tiada penumpang mengalami kecederaan.
Menurutnya, bas itu dipercayai hilang kawalan sebaik melepasi kawasan
selekoh menuruni bukit sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan
lalu terhumban ke dalam parit dalam kejadian 3.30 pagi.
"Bagaimanapun, penumpang yang menaiki bas yang dalam perjalanan dari
Kuala Lumpur ke Rantau Panjang itu tidak mengalami sebarang kecederaan
dan kemudian menaiki bas lain daripada syarikat sama untuk meneruskan
perjalanan," katanya ketika dihubungi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.