KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) sebanyak 10 bilion unit saham kepada generasi Y (Gen-Y) di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Nasional Berhad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ASB 2 ini menawarkan dua bentuk akaun saham iaitu akaun bijak dan akaun dewasa.
"ASB 2 ini kita buka kepada pelabur bumiputera seawal-awalnya berumur 6 bulan melalui perlaburan yang dilakukan oleh ibu bapa yang dimasukkan kedalam akaun bijak sehingga pemilik akuan berumur 18 tahun.
"Manakala akuan ASB satu lagi, adalah akaun dewasa dibuka kepada mereka yang berumur 18 tahun keatas.
"Walaupun kumpulan sasarnya adalah Gen Y tapi kita tidak akan menghalang generasi bukan Y untuk melabur di dalam akuan dewasa,"katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Amanah Saham Bumiputera 2, di Pekarangan Stadium Merdeka, di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis perasmian ini adalah Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Seri Datuk Hamad Kama Piah Che Othman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.