Jumaat, 28 Mac 2014

MH370: Amerika hantar Poseidon kedua ke Perth

THE MALAYSIAN INSIDER

Lt. Clayton Hunt dan Lt. (gred junior) Nicholas Horton, dua pemandu tentera laut yang bertugas dengan Skuadron (VP) 16, juruterbang Poseidon P-8A bagi misi mencari dan menyelamat penerbangan MH370. – Gambar Reuters, 28 Mac, 2014. Lt. Clayton Hunt dan Lt. (gred junior) Nicholas Horton, dua pemandu tentera laut yang bertugas dengan Skuadron (VP) 16, juruterbang Poseidon P-8A bagi misi mencari dan menyelamat penerbangan MH370. – Gambar Reuters,


Amerika Syarikat (AS) menghantar pesawat P-8 Poseidon keduanya ke Perth, Australia bagi membantu usaha menjejaki pesawat Malaysia Airlines yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi.

Kedutaan AS dalam satu kenyataan hari ini berkata pesawat itu akan berlepas dari pangkalannya di Okinawa, Jepun hari ini bagi menyertai misi tersebut.

"Keadaan cuaca buruk termasuk potensi suasana berais menjadikan kehadiran pesawat P-8 yang direka untuk semua keadaan cuaca, amat berharga," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut Armada Pasifik AS menggerakkan pengesan sonar 'Towed Pinger Locator Hydrophone' dan 'Bluefin-21' ke Perth, sebagai persediaan mengesan kotak hitam MH370 andai objek yang ditemui disahkan serpihan pesawat itu.

Ini bagi membolehkan aset itu segera dikerah memandangkan jangka hayat bateri kotak hitam tersebut adalah singkat, kata kenyataan tersebut. – Bernama,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.