MSTAR ONLINE
PERTH: Kawasan
pencarian pesawat MH370 pada Jumaat dianjakkan ke satu kawasan
kira-kira 1,100 kilometer (685 batu) ke timur laut dari lokasi operasi
mencari di selatan Lautan Hindi, selepas mendapat "petunjuk baharu,
boleh dipercayai", kata pihak berkuasa Australia.
"Maklumat
baharu itu berdasarkan analisis yang berterusan dari data radar antara
Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum radar terputus hubungan,"
kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).
"Ia
menunjukkan bahawa pesawat itu terbang lebih laju dari yang dianggarkan
sebelum ini, yang menandakan terdapat peningkatan dalam penggunaan
bahan api dan mengurangkan kemungkinan jarak pesawat itu terbang ke
selatan sehingga ke Lautan Hindi."
Nasihat
yang baharu itu diperoleh dari pasukan penyiasatan antarabangsa di
Malaysia dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang
menetapkan "bahawa ia merupakan petunjuk paling boleh dipercayai
terhadap lokasi berkemungkinan serpihan pesawat akan ditemui".
Kawasan pencarian baharu itu dianggarkan berkeluasan kira-kira 319,000 kilometer persegi, kira-kira 1,850 ke barat Perth.
"ATSB
menasihatkan bahawa potensi laluan pesawat itu mungkin disebabkan
kajian lebih terperinci apabila pasukan penyiasatan antarabangsa yang
membantu pencarian itu meneruskan analisis mereka," kata AMSA, sambil
menambah bahawa Australia telah mengubah semula kedudukan satelitnya ke
arah lokasi baharu.
Ia
diikuti Thailand pada Khamis melaporkan satu imej satelit menunjukkan
ratusan objek terapung. Jepun turut mengumumkan analisis satelitnya
menunjukkan kira-kira 10 objek terapung di kawasan yang sama.
Kedua-dua
negara itu menunjukkan imej kemungkinan dari serpihan pesawat MH370,
yang hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac
lalu. -AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.